"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Thursday 3 May 2018

Bukankah itu lebih bagus??






1. Jika allah ingin kita dihapuskan dosa, salah satu caranya adalah dengan mendatangkan ujian. Maka, bersabarlah

2. Jika allah tidak membalas ganjaran di dunia, pastinya allah membalas di akhirat. Salah satunya adalah dengan meringankan  hukuman di akhirat kelak? sudah pasti kita mahu kan? oleh itu, lebih baik kita redha atas ujian tersebut.

3. Kadang2 dengan ujian barulah kita teringat sebenarnya kita telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Jadi, ujian itu dapat menjadikan kita insaf akan kesemua kesilapan yang lalu

4. Cara Allah memberikan hidayah adalah dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan ditinggalkan atau dikhianati seseorang

5. Ramai orang yang diuji dengan pengkhianatan dan ditinggalkan menjadikan dia seorang yang lebih baik. Oleh itu, bersyukurlah

6. Dahulu kita banyak meninggalkan suruhanya, apabila diuji barulah kita dapat kembali kepada pencipta. Bukankah itu lebih baik daripada ditinggalkan saja oleh allah dengan terus dilalaikan

7. Dengan ujian, kita dapat menjiwai keperitan seseorang. Maka , usahlah membalas dendam terhadap orang lain kelak. serahkan semuanya kepada allah.

8. Tidak mengapa allah menguji kita. Fikirlah bahawa dengan ujian tersebut dapat meninggikan darjat kita?Bukankah itu lebih bagus?

9. Apabila kita bersabar dengan ujian tersebut. Sudah pastinya akan menambah pahala kita

10. Fikirkanlah yang baik-baik atas ujian tersebut. Mungkin saja allah mahu gantikan sidia dengan orang yang lebih baik. Tidak mengapa ditinggalkan, Berdoalah kepada allah agar digantikan dengan orang yang soleh solehah.


WALAU SEREMUK MANA HATI DILUKAI BENTUKLAH IA SEMULA DAN SERAHKAN PADA YANG SATU.ALLAH KNOWS U ARE TIRED, ALLAH KNOWS ITS DIFFICULT. U MUST BE ALSO KNOW THAT. ALLAH WOULD NEVER PUT U IN A SITUATION THAT U CANT HANDLE IT.

LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH....
TIDAK ADA DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH
SEMAGA ALLAH MENJAGA DAN MELINDUNGI AKU WALAU DIMANA AKU BERADA. AMIN...