"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Friday 22 November 2013

PEnaWAr DuKA MenGUbat SEngSARa

apabila kita terjatuh dalam ujian hidup, kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, kita akan bertanya...apakah penawarnya? dimanakan jalan keluar dari segala kegelapan ini? bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? dapatkah aku keluar dari kemelut ini???

sebahagian ujian itu jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi jalan keluar. Warna kegelpan ada kala memenuhi segala penjuru, hanya ALLAH yang mampu mengeluarkan kita dari keadaan yg sedemikian, ada kala pula kita terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh diri yg kerdil.Namun, kita yg beriman yakin bahawa ALLAH YANG MAHA BERKUASA bole menukarkan segala keadaan. Menggantikan dengan yg lebih baik yg tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...

yes, kita hanya mampu merancang tpi ALLAH yang menentukan segalanya...kadang-kadang kite tak sedar yang didepan kite tulah yg terbaik sebenarnya...kisah 2 tahun lepas banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih tabah..sabar..dan menerima takdir yang maha esa dengan hati yang terbuka...kerana aku sedar rancangan yang maha esa lebih baik daripada apa yang aku inginkan..mungkin 2 tahun lepas aku pernah menyatakan yang tiada kemaafan dari hati ini...sebenarnya semua itu sudah berlalu aku sudah menerima dengan hati yang terbuka walaupon berbagai dugaan yg datang untuk menguji aku...kerana PENAWAR DUKA ITULAH PENGUBAT SENGSARA...

Thursday 21 November 2013

AUrat KEtiKA bERsALIn

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. 

2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat. 

3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan. 

4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang. 

5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran. Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9...

 dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, taleh berpikir maka :- 

1. PERANAN SUAMI sgt3 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri... if suami sndr tak mampu nk bertegas utk bt pilihan... amat mgecewakan <---- mrujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan. 

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. LR dll... jgn dh msk wad semua terbang... tudung x pakai, kain terselak sana-sini, bj blengan pendek shj, myusu ikut dan... sbb kena ingt kkdg da juga staff lelaki, pemberi mknn yg lelaki dll yg kuar msk wad.. 

3. WAJIB.... WAJIB.... WAJIB.... da MAHRAM temankan ketika dtgnya darurat yg mgizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI... kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan sterus3nya. Mcna3 pun keutamaan adalah SUAMI. Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri: 

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil... ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita. 

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh.... Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi. 

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa... pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dsbnya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dlam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita. 

4. YAKIN - Insyaallah... bilamana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami. p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

sYAHID yaNG tERtanGGUh...








Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

after menonton dan membaca tentang cerite ahmad ammar aku terkedu dan bangga dengan seorang anak muda yang begitu mulia....begitu tersentuh lagi2 apabila aku membaca nota yang ditulis didalam buku catatanya yang bertulis :


" aku sangat terkesan setelah membaca syair ini...lalu aku mula berfikir, aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa..mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik sang pencipta ini''.....
(cacatan dalam buku nota ammar)

semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

alfatihah...

Sunday 17 November 2013

KelEBIhaN WAniTA hAMil..

Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah. 

Sungguh mulia WANITA ini. Jom sebarkan utk pengetahuan bersama;-)..