"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Monday 8 July 2019

terima Kasih



berulang kali aku memohon supaya dia menjauhi diri aku
pergi dari hidup ini
tangisan, raungan aku sedikit pon tidak diendahkan
sehingga aku terpaksa membuat keputusan
kerana aku sudah terlalu lama merasai kesakitan itu
orang yang pernah kau sayang, berjanji segalanya sedikit pon tidak mengendahkan persaan dan menghormati drimu sebagai wanita
berulang kali aku memohon supaya pergi menjauhi aku.

Kesakitan demi kesakitan yang aku rasanya hari ini membuatkan aku jadi lebih kuat
sedikit pon tidak melemahkan aku
hari ini aku dituduh mahu meruntuhkan rumahtangganya oleh wife dan dirinya sendiri
didepan isterinya aku diburukkan untuk menutup salahnya
(terima kasih)
apabila aku cuba menegakkan kebenaran 
hari ini aku dihina
hari ini aku diugut untuk menanti hari bahagia aku
(terima kasih)

yes aku trauma untuk mengenali lelaki 
yes aku takut untuk meneruskan ke fasa seterusnya 
yes aku membenci setiap lelaki yang cuba mendekati aku
yes aku mengambil keputusan untuk bersendrian untuk aku ubati hati yang sudah lama hancur
yes aku bangun sndri, aku kutip semua sisa2 yang pernah dihancurkan oleh dia
yes tiap2 hari aku menangis 
yes aku pernah dihina kerana diusia sekarang masih belum berkahwin
biarlah aku redha...


tapi betullah allah itu sebaik perancang allah maha adil semuanya jadi pasti kerana ada hikmah yang allah sahaja tahu, aku rela ada musuh yang akan buat jahat depan aku daripada pasangan yang tikam aku dari belakang

aku yakin one day kebenaran akan terbongkar, klau bukan didunia dikahirat itu pasti.

ya allah aku tak snggup merasakan patah hati lagi aku mohon untuk kali ini tolong jatuh cinta dan buka hatiku pada orang yang akan menjadi jodohku sahaja jodoh yang terbaik menurutmu untuk dunia dan akhiratku...insyaallah aku akan jdkn dia lelaki yang paling bahagia dan menjaga kedua orang tuanya.

kuaT


hai guys...

sedikit pesanan dari saya insan yang pernah tak di hargai ini. kalau orang yang kamu sayang hari ini dia nak pergi darpada hidup kamu, Biarkan saja dia pergi dan jangan pernah kau halang dia. Tak kisahlah dia pergi daripada hidup kamu atas alasan apa sekalipun.

kerana bole jadi teman kalau kau tahan dia hari ini esok lusa dia akan pergi juga dari hidup kamu. kalau memag dia nak pergi biarkan dia pergi. ingatlah ramai lagi manusia single diluar sana yang jauh lebih baik daripada dia dan jauh lebih menghargai kamu. You know what i meant?

yakinlan allah itu adil tapi syaratnya kita kena redha, sabar dengan ujian yang allah beri. percayalah  hidup ini sentiasa ada jalan keluar buat mereka yang sentiasa berharap pada allah

semoga aku dan kau terus tabah cekal lagi kuat untuk mengharungi hari- hari yang berikutnya. yakinlah tiap jatuh bangun kita allah sentiasa bersama kita.


berHENTI MENangis


Pertama buatlah keputusan dengan ikhlas untuk melepaskan. Kau kena tahu, masa akan berjalan dengan sendirinya. Orang akan cakap masa akan mengubati. Tapi ia tak akan terjadi seandainya kau tak letakkan komitmen. Percayalah, ia akan membuatkan kau terhenti untuk mengingati dan menangis.

kedua, kau manusia. lumrah sebagai seorang manusia, kau akan gembira ketika bahagia, dan kau akan menangis sedalam-dalamnya ketika kau kecewa. Buatlah apa kau mahu asalkan perasaan yang kau pendam lama dalam hati ini terluah. menangis. mendiamkan diri. bersendiri atau mungkin mencari seorang kawan dan meluahkan segala yang kau rasa. dan kau akan perlahan-lahan pulih setelah kau keluarkan semuanya.

ketiga. setiap kali kau dikecewakan, kau akan terasa bahawa kau ini adalah mangsa. dan ya,orang sekeliling kau akan menyalahkan mereka yang mengkhianati kau. Tapi, lihatlah dengan jelas, mereka tidak akan mampu lebih dari itu, Adakah cukup perkataan ''kasihan'' dan ''sabar'' membuatmu menjadi lebih baik? belum tentu.

dalam setiap masa kau tetap mempunyai pilihan. sama ada kau sendiri yang menyumbuhkan atau kekal begitu.

keempat fokus pada kehidupan kau sekarang berpijak dibumi yang nyata yang lepas akan terus menjadi sejarah. dihenyek bagaimana pun ia tetap akan tertinggal di belakang berhenti menangis, kau tetap saja tidak boleh mengubah masa lalu melainkan menjadikan kau lebih baik dari masa lalu.

dan terakhir maafkanlah. maafkanlah diri kau. dan maafkan diri dia juga. kita tak akan mampu melupakan apa yang orang lakukan pada kita, tapi sekurangnya kita orang baik, mereka berhak untuk dimaafkan. percayalah memaafkan ini bukan bermakna

''takpelah aku tak kisah apa yang kau buat''

tak bukan begitu, ia sekadar lebih untuk kau membuka hati, melapangkan diri untuk menerima hakikat yang lebih baik kelak.

''aku tetap tak boleh terima apa yang kau buat, tapi aku maafkan kau''

lepaskan..lepaskan kesakitan itu, lama dah kau di situ. buatlah sesuatu yang berbeza dan jemputlah kembali kegembiraan yang telah lama kau tinggalkan.

kalau kau sedih hari ini,imbas semula kehidupan kau dari waktu kecil sehingga hari ini. kau bukannya lemah sangat. Kau kuat sangat