"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Friday 27 December 2013

BUKan AKu

Tak MUdah KU jALANI
HIDup KU tanpa DisisiMU
HARi2 KU tangiSI
SEGALA Jnji Ku mungKIRI
ENGKAU masih AKu rinDU
WAlau taK PERNAH enGkau TAHU
HANya satU harapanKU
MOGA kaU SElalu MAAFkan diriKU
AKu lepas seMUA PERgi bukaN KERANA aku benci
tapi kerana KU terlalu mencintaI
PERCAYalah
nikmaTI DULU usiAMU
NANTi kau temU cinTAMU
BUkaN AKU

Friday 13 December 2013

aku Tak MenCARi Yg TAmpan WAJAHnya



Aku tak mencari seorang suami yang tampan wajahnya. Atau yang tegap badannya.

Aku juga tak mencari seorang suami yang kaya harta. Atau yang punya rumah mewah dan kereta besar.

Aku hanya mencari seorang laki-laki yang benar-benar telah siap menjadi Imamku.

Ya... Hanya mencari seorang Imam.

Yang dapat membimbingku dalam urusan Dunia dan Akhirat.

Yang dapat menuntunku ke arah yang benar.

Yang dapat mengingatkanku ketika aku lalai dalam melaksanakan dan menjalankan perintah-Nya.

Yang dapat menyadarkanku ketika aku berbuat khilaf.

Yang dapat meluruskan akalku dengan penuh kelembutan.

Yang dapat menegurku ketika aku alpa pada tanggung jawab dan kewajibanku
sebagai seorang Isteri yang wajib taat pada suami dan Rabb-Nya.

Yang dapat memaafkanku dengan ikhlas atas segala salah dan khilafku.

Agar kelak keluarga yang aku bina bersama dia menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
  
for my future husband...
insyaallah...amin...




TiPs perKAHWInan Dari UstAD azHAr IdRUs..

bUlaN ni ramAI nGat KAwan KAwan Yg kaWEn Ye??
AriNi PON dA LAgi SEdara AKu KAWEn..
TapI sYG..tAK dapT SharE HRi bahAGIA dia ni..
Tkpe...dOa SENtiASA MeNGIRinginya..
JOM share Tips PERKAhWINAn dari ustad AZHAr IDrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

baraKALLAH...
SEmoga perjalaNAN MEnempUH Alam RUmahTANgga ni DIBerkati ALLAH...
TILL JANNAH...
INSYAAllah...
amin...

Wednesday 4 December 2013

SAmbunGan dARi KIsah AmmaR



Ketika Ayah Ammar ditanyakan soalan.. Bagaimana Ustaz mampu mendidik Ammar sehingga dia menjadi seperti itu, sedangkan ustaz seorang yang sibuk dengan usaha dakwah di luar dan di dalam negara. Kata Ayah Ammar, Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya, awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada isteri yang saya nak buat kerja dakwah, jadi saya perlukan sokongan dan bantuan dari dia. 25 tahun kami berkahwin, itulah kehidupan kami, saya sibuk dengan urusan dakwah, dan ibunya sibuk dengan urusan dakwah juga.. Tapi saya dan isteri yakin dengan Janji Allah, apabila kita menjaga urusan dengan Allah, Allah akan bantu.. Sebenarnya Ibu dan ayah sendiri harus komited* dengan Allah, dan Allah sendiri akan uruskannya.. Untuk Ammar, saya hanya bagi dia wawasan ummatik , dia sendiri akan gerak, Allah yang bantu dia.. *Begitu kuat ayah & ibu Ammar percaya dan yakin kepada Allah. Tidak mustahil Arwah Ammar jadi seperti ini skrg, kerana tarbiah daripada kluarga sejak awal lagi dengan misi dan matlamat yang jelas untuk wawasan ummatik.. Semuanya bermula daripada kluarga, tapi skrg ni, *sesetengah mak & ayah inginkan anak mereka jadi soleh dan solehah, tapi mak & ayah itu sendiri tidak memulakan sendiri dan tidak menunjukan usaha ke arah itu.. Al-Fatihah buat arwah Ammar..




Perkongsiaan ini ditulis oleh Ya Muhammad