"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Monday 8 July 2019

berHENTI MENangis


Pertama buatlah keputusan dengan ikhlas untuk melepaskan. Kau kena tahu, masa akan berjalan dengan sendirinya. Orang akan cakap masa akan mengubati. Tapi ia tak akan terjadi seandainya kau tak letakkan komitmen. Percayalah, ia akan membuatkan kau terhenti untuk mengingati dan menangis.

kedua, kau manusia. lumrah sebagai seorang manusia, kau akan gembira ketika bahagia, dan kau akan menangis sedalam-dalamnya ketika kau kecewa. Buatlah apa kau mahu asalkan perasaan yang kau pendam lama dalam hati ini terluah. menangis. mendiamkan diri. bersendiri atau mungkin mencari seorang kawan dan meluahkan segala yang kau rasa. dan kau akan perlahan-lahan pulih setelah kau keluarkan semuanya.

ketiga. setiap kali kau dikecewakan, kau akan terasa bahawa kau ini adalah mangsa. dan ya,orang sekeliling kau akan menyalahkan mereka yang mengkhianati kau. Tapi, lihatlah dengan jelas, mereka tidak akan mampu lebih dari itu, Adakah cukup perkataan ''kasihan'' dan ''sabar'' membuatmu menjadi lebih baik? belum tentu.

dalam setiap masa kau tetap mempunyai pilihan. sama ada kau sendiri yang menyumbuhkan atau kekal begitu.

keempat fokus pada kehidupan kau sekarang berpijak dibumi yang nyata yang lepas akan terus menjadi sejarah. dihenyek bagaimana pun ia tetap akan tertinggal di belakang berhenti menangis, kau tetap saja tidak boleh mengubah masa lalu melainkan menjadikan kau lebih baik dari masa lalu.

dan terakhir maafkanlah. maafkanlah diri kau. dan maafkan diri dia juga. kita tak akan mampu melupakan apa yang orang lakukan pada kita, tapi sekurangnya kita orang baik, mereka berhak untuk dimaafkan. percayalah memaafkan ini bukan bermakna

''takpelah aku tak kisah apa yang kau buat''

tak bukan begitu, ia sekadar lebih untuk kau membuka hati, melapangkan diri untuk menerima hakikat yang lebih baik kelak.

''aku tetap tak boleh terima apa yang kau buat, tapi aku maafkan kau''

lepaskan..lepaskan kesakitan itu, lama dah kau di situ. buatlah sesuatu yang berbeza dan jemputlah kembali kegembiraan yang telah lama kau tinggalkan.

kalau kau sedih hari ini,imbas semula kehidupan kau dari waktu kecil sehingga hari ini. kau bukannya lemah sangat. Kau kuat sangat


No comments:

Post a Comment