"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Thursday 21 November 2013

sYAHID yaNG tERtanGGUh...








Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

after menonton dan membaca tentang cerite ahmad ammar aku terkedu dan bangga dengan seorang anak muda yang begitu mulia....begitu tersentuh lagi2 apabila aku membaca nota yang ditulis didalam buku catatanya yang bertulis :


" aku sangat terkesan setelah membaca syair ini...lalu aku mula berfikir, aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa..mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah berkelana untuk melihat ciptaan di muka bumi milik sang pencipta ini''.....
(cacatan dalam buku nota ammar)

semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

alfatihah...

No comments:

Post a Comment