"Jangan dilihat masa lampau itu dengan penyesalan, jangan pula lihat masa hadapan dengan ketakutan tetapi lihatlah disekeliling kita dengan penuh kesedaran"

Friday 22 November 2013

PEnaWAr DuKA MenGUbat SEngSARa

apabila kita terjatuh dalam ujian hidup, kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, kita akan bertanya...apakah penawarnya? dimanakan jalan keluar dari segala kegelapan ini? bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? dapatkah aku keluar dari kemelut ini???

sebahagian ujian itu jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi jalan keluar. Warna kegelpan ada kala memenuhi segala penjuru, hanya ALLAH yang mampu mengeluarkan kita dari keadaan yg sedemikian, ada kala pula kita terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh diri yg kerdil.Namun, kita yg beriman yakin bahawa ALLAH YANG MAHA BERKUASA bole menukarkan segala keadaan. Menggantikan dengan yg lebih baik yg tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...

yes, kita hanya mampu merancang tpi ALLAH yang menentukan segalanya...kadang-kadang kite tak sedar yang didepan kite tulah yg terbaik sebenarnya...kisah 2 tahun lepas banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih tabah..sabar..dan menerima takdir yang maha esa dengan hati yang terbuka...kerana aku sedar rancangan yang maha esa lebih baik daripada apa yang aku inginkan..mungkin 2 tahun lepas aku pernah menyatakan yang tiada kemaafan dari hati ini...sebenarnya semua itu sudah berlalu aku sudah menerima dengan hati yang terbuka walaupon berbagai dugaan yg datang untuk menguji aku...kerana PENAWAR DUKA ITULAH PENGUBAT SENGSARA...

No comments:

Post a Comment